Permohonan kemasukan UPUOnline sesi akademik 2020/2021 ke Universiti Awam, IPG KPM, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM, STPM atau setaraf, permohonan kemasukan UPUOnline sesi akademik 2020/2021 ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG KPM), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan dibuka pada 24 Februari 2020 (jam 12:00 tengah hari) sehingga 31 Mac 2020 (lepasan SPM) atau 7 April 2020 (lepasan STPM/Setaraf) 11:59 malam.?

Kategori Permohonan

Permohonan UPUOnline sesi akademik 2020/2021 terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

> Lepasan SPM (2019 / 2018 / 2017) yang ingin menyambung pelajaran ke:

  • Asasi – UA
  • Diploma – UA, Politeknik & ILKA
  • Sijil – Kolej Komuniti & ILKA
  • Matrikulasi – Kolej Matrikulasi
  • Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di IPG

> Lepasan STPM / Setaraf (termasuk STPM 2019, Matrikulasi / Asasi Sains UM / Asasi UITM 2018/2019, STAM 2018/2019 dan Diploma / setaraf) yang ingin menyambung pelajaran ke:

  • Ijazah Sarjana Muda di UA

Pembelian No. Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Setiap pemohon dikehendaki untuk membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (UPU) sebelum mengakses UPUOnline untuk membuat permohonan. Setiap pin nombor unik ID UPU adalah berharga RM15.60. Pembelian pin nombor unik ID UPU ini boleh dibuat bermula pada 24 Februari 2020 sehingga 30 Mac 2020 (SPM) atau 7 April 2020 (STPM/ Setaraf) di BSN mengikut kategori masing-masing.

Cara-cara pembelian Pin Nombor Unik ID UPU adalah seperti berikut:

Cara 1# Pembelian secara individu melalui Kaunter BSN.

Cara 2# Pemohon / Ibubapa yang memiliki akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui ATM atau Perbankan Internet (myBSN).

Pembelian pin nombor unik ID UPU mestilah berdasarkan NAMA dan NOMBOR KAD PENGENALAN / MYKAD PEMOHON. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan pin nombor unik ID UPU.

Setelah memperoleh pin nombor unik ID UPU, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi UPU.

Tips Permohonan UPUOnline

1# Pastikan kategori anda (SPM / STPM / Matrikulasi / Diploma).

2# Beli no. unik ID BSN bergarga RM15.60 termasuk SST.

3# Buka portal rasmi UPU.

4# Sila semak kecenderungan anda di website UPUTag.

5# Sila semak syarat kelayakan Am/Khas di e-Panduan UPUOnline.

6# Semak syarat e-Panduan dengan teliti.

7# Isi permohonan ONLINE.

8# Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.

9# Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.

10# Isi sampai habis.

11# Klik “SAH & HANTAR”.

12# Cetak slip permohonan.

13# Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

14# Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had TAPI INGAT JANGAN TUNGGU SEHINGGA SAAT AKHIR.?

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi UPU.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!