Langkah-langkah Untuk Mewujudkan Kelas Virtual Dengan Google Meet

Ada kalanya e-mel atau panggilan telefon tidak mencukupi. Kita perlu melihat mereka untuk bercakap dan berhubung pada tahap yang lebih peribadi. Di sinilah aplikasi seperti Meet memainkan peranan. Meet membolehkan anda menjemput orang lain untuk berkomunikasi melalui panggilan video. Peralatan yang diperlukan adalah peranti seperti komputer / chromebook dengan kamera web atau telefon / tablet dengan aplikasi Meet.

Kita dapat melihat, mendengar dan juga berkongsi skrin untuk menunjukkan lebih banyak perincian mengenai apa yang kita bincangkan. Aplikasi ini percuma dan cara yang baik untuk berhubung dengna pelajar anda yang tidak dapat bersemuka atau berada di tempat yang sama.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk berhubung dengan pelajar anda.

Memulakan Panggilan Video Dengan Google Meet (Tanpa Pengintegrasian di Google Classroom)

? Langkah 1# Taip meet.google.com

? Langkah 2# Klik “Join or start a meeting“.

? Langkah 3# Namakan sesi. Contohnya, PLC dan klik “Continue“.

? Langkah 4# Klik Join now.

? Langkah 5# Anda akan mendapat skrin untuk menunjukkan pautan untuk menjemput ke sesi anda.

Jemputan Ke Sesi

Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara.

1# Setelah anda masuk ke Meet, anda akan mendapat skrin untuk menunjukkan pautan untuk menjemput ke sesi anda.

a. Pautan yang boleh dimasukkan dalam email, Whatsapp, Telegram atau apa-apa platform.

b. Opsyen “Add people” untuk menghantar jemputan via email.

2# Klik pada ikon “People” pada kanan atas untuk membuat jemputan.

 

Ciri-ciri dalam Meet

1. Senyapkan mic dan tutup kamera.

2. Mendapatkan pautan untuk membuat jemputan.

3. Klik Turn On Caption untuk membolehkan semua percakapan ditranskripkan.

4. Berkongsi skrin

  • Klik Present Now dan pilih “Your entire screen“.

  • Klik paparan yang hendak dikongsikan. Klik “Share“.

  • Klik “Stop sharing” untuk menghentikan perkongsian.

5. Melihat orang lain di Meet.

6. Menghantar text.

7. Klik “tiga titik” untuk pilihan.

Note: Jika anda ingin menggunakan pautan yang sama untuk sesi akan datang, anda boleh menggunakan Url Shortener untuk mudah mengingati pautan tersebut.

Sumber: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM

Langkah-Langkah Menggunakan JAMBOARD | Integrasi Dengan Google Classroom

INTEGRASI MEET DENGAN GOOGLE CLASSROOM

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!