Langkah-langkah Integrasi Meet dengan Google Classroom (Kelas Virtual)

Ada kalanya e-mel atau panggilan telefon tidak mencukupi. Kita perlu melihat mereka untuk bercakap dan berhubung pada tahap yang lebih peribadi. Di sinilah aplikasi seperti Meet memainkan peranan. Meet membolehkan anda menjemput orang lain untuk berkomunikasi melalui panggilan video. Peralatan yang diperlukan adalah peranti seperti komputer / chromebook dengan kamera web atau telefon / tablet dengan aplikasi Meet.

Kita dapat melihat, mendengar dan juga berkongsi skrin untuk menunjukkan lebih banyak perincian mengenai apa yang kita bincangkan. Aplikasi ini percuma dan cara yang baik untuk berhubung dengna pelajar anda yang tidak dapat bersemuka atau berada di tempat yang sama.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk berhubung dengan pelajar anda.

INTEGRASI MEET DENGAN GOOGLE CLASSROOM

? Langkah 1# Untuk kali pertama, klik Go to settings.

? Langkah 2# Klik Generate Meet link.

? Langkah 3# Pautan akan dijana secara automatik. Klik Save.

? Langkah 4# Pautan Meet kini berada di Stream. Pautan tersebut boleh digunakan untuk menjalankan kelas virtual. Anda cuma perlu maklumkan kepada pelajar kod kelas dan butiran sesi kelas virtual.

Untuk kelas yang selebihnya, anda boleh mengikuti langkah seperti berikut:

? Langkah 1# Klik pada kod kelas untuk memilih kelas yang anda kehendaki.

? Langkah 2# Klik pada ikon settings untuk class settings.

? Langkah 3# Skrol ke bawah sehingga anda jumpa Meet.

? Langkah 4# Klik pada Generate Meet Link.

? Langkah 5# Pautan akan dijana secara automatik. Klik Save.

? Langkah 6# Pautan Meet kini berada di Stream. Pautan tersebut boleh digunakan untuk menjalankan kelas virtual. Anda cuma perlu maklumkan kepada pelajar kod kelas dan butiran sesi kelas virtual. Setiap pautan adalah unik. Sama seperti kod kelas.

Sumber: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM

Langkah-Langkah Menggunakan JAMBOARD | Integrasi Dengan Google Classroom

Memulakan Panggilan Video Dengan Google Meet (Tanpa Pengintegrasian di Google Classroom)

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!